Cinta Antara Dua Benua

Wednesday, September 1, 2010

Bengang!!bengang tau tak!!!!" aku menjerit dalam hati....
Hish sapelah lelaki malang tu dapat aku..handsome ke??ok ke?? ish...tak boleh fikir aku...hish geli gemalan arr fikir pasal kahwin nie. Aaaahh....malas nak fikir lah.


" Woii....ko kenapa? mengelamun ker??"tetiba myra dah duduk disebelahku. Menyirap gak darah aku. terkejut beb.


" Hish ko ni Mira!!! boleh tak  ko  tu bagi salam dulu ke?kalau aku ada heart attack..tak ker naya aku tadi weii...."aku membebel panjang.
Myra hanya tersengih dan mengaru kepala yang tidak gatal.


"Alaa..ko nie kecoh arr....bukannya aku teriak kat cuping telinga ko yang sengit tu pon..huhuhu...."Myra gelak kecil.


"Amboiii......mulut takder insuran langsung!!!"


Myra ketawa terkekeh-kekeh. Seakan tidak mendengar langsung apa yang aku katakan padanya.Aku mencebikkan mulutku kearahnya. Sudahlah ko Myra..malas aku nak layan ko. Aku berlalu meninggalkan dia sendirian disitu.
Myra belari anak-anak mengejar dan terus meyambar tanganku.


" Ala sorilah...aku saja jer berlawak ngan ko! Sensitif betul..datang bulan ker?? Myra tersenyum kambing memandangku.


Aku memandang tepat kearahnya dengan perasaan marah, Panas tul hati aku nie.
"eeeyy..sudahlah Myra..benci aku dengan ko ni tau....."


Entahlah tetiba darahku menyirap panas. Aku sebenarnya tidak marah pada Myra tapi mungkin kerana perasaan marah terhadap ibu tentang perkhawinan ku membuatkan semuanya tidak keruan.
Myra terpinga pinga melihat teman karibnya Sya berlalu meninggalkan nya dengan perasaan marah. Myra tertanya sendirian,salah ke apa yang aku katakkan tadi.


"Sya....janganlah macam nie..ok ok aku minta maaf. Aku berlawak pun ko marah...Mesti ada problem lain nie kan?? Myra mengajukkan soalan memulakan bicara.
Aku memandangnya sekilas lalu menarik nafas panjang. Nak cerita ke tak nak cerita yer?? Alahai..camner nie...


"Hish ko ni, orang dok tanya dia dia wat derk jer...." giliran Myra pula mencebikkan mulut.Muncung mulutnya memandangku.
Aku tersengih..Tapi masih tak dapat meneruskan kata kata.


"Tak de apalah Myra, entahlah mood tak baik lah ari ni..aku pon tak tau ler kenapa? ".


"hemm..tak nak cerita sekarang tak per...nanti dah ready nak kasi tau gua...gua sedia mendengarnya...." Myra tersenyum memandangku dan terus memeluk tanganku berjalan seiringnya...


***************************************************************


"Hish..lama tul korang nie?? gi mana lagi tadi...." rungut shima kepada aku dan Myra. Belum sempat pun kitaorang labuhkan punggung masing-masing dah kena marah pula.
"He he ehe..adalah kan Sya" jawab myra lalu menyikuku.
"Aha aa..adalah...hehehe...o yer..yang ko nak jumpa kitaorang nie nape? macam ada hal penting jer...." tanyaku pula.


"hehehe....sebenarnya aku nak khabarkan satu berita gempak ni...."


"ye ye oooh..jer ko ni Ma....Apa dia? Tak sabaq nie...habaqlah mai cepat" eemmm dah kuar dah loghat utara dia nie...


"Hehehehe...sebenarnya saja nak bagitau kat hangpa berdua, si Dimaz orang kaya dari indonesia tu dah pindah kat Malaysia you....handsome tul dia. Semalam aku nampak dia kat KLIA masa aku amik ucu aku dari sabah"..panjang lebar Si Shima menerangkan.


"Laa....ingat apa yang penting sangat tadi...rupa-rupanya pasal Dimaz..emm siapa tu...tak kenal langsung aku ee??" jawabku tertanya-tanya. Siapalah Dimaz tu...em x glamour lansung.


"Engko ni Sya, tulah orang suh bercinta tak nak...bila cerita pasal lelaki handsome...ko tak tau...Hish..Ko nie tak updated langsung arrr!! " Myra menyambung perbincangan.


"Ntah si Sya ni..buang karan tul ko nii..." tambah Shima pula.
Lalu keduanya bercerita panjang lebar pasal lelaki tadi.


Rancak betul mereka nie berbual sampai tergelak ketawa sampai.Dah tak peduli dah hujan ke angin bertiup kencang ke.Dah nak gelap da pun. 


" Woi dah dalah tu.....nak masuk solat maghrib dah nie wei...tak habis-habis lagi ker" perliku kepada mereka berdua.Mereka memandangku serentak disusuri senyuman paling manis di abad ini.









No comments:

Post a Comment