Cinta Antara Dua Benua

Friday, September 3, 2010

KOLEKSI NOVEL CIPTAAN SENDIRI LAH WEIII: BAB 1

KOLEKSI NOVEL CIPTAAN SENDIRI LAH WEIII: BAB 1

BAB 2

Dimaz menunggu penuh kesabaran. Tidak sabar rasanya dia ingin menyampaikan hasrat hati pada kekasih yang amat dicintai. Jam ditangan menunjukkan pukul 3pm.Sesaat bagaikan terlalu lama untuknya.
Akhirnya dia sampai juga. Dari jauh dia kelihatan sungguh menawan walaupun hanya mengenakan blouse putih dengan skirt pendek paras lutut.

" Maaf ya darling, aku lambat kerna ada urusan sedikit tadi..." Maya melabuhkan punggung dan memandang terus tepat ke anak mata Dimaz yang bersinar-sinar sejak ketibaanya.

"Oh ngak apa apa kok. aku juga baru sampai nie.."jawab Dimaz padahal dirinya sudah pun di cafe Damansara itu lebih dari sejam lamanya.

"O ya...apa sih beritanya ...buru buruan gue ke sini tadi...cepat dong jelas iin.." Maya memaut tangan Dimaz dengan manja. 

Dimaz lantas berdiri dan kemudian melutut didepan Maya. Maya terpinga-pinga dan tidak terkata apa-apa.Dimaz lantas mengeluarkan sebentuk cincin dan menghulurkan pada Maya.

"Will you marry me??" soalnya penuh harapan agar Maya menerimanya. Kepastian yang dibutuhkannya sekarang.Cinta yang mendalam menyakinkan dirinya untuk melamar gadis didepannya.
Maya tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu menangis di ketika itu. 

" Maafkan Maya ya, aku belum bersedia untuk ini...Masih banyak yang harus aku lakukan..." Maya menjawab penuh kesedihan. Dimaz amat terkejut dengan jawapan Maya. Bukan itu yang diharapkannya. Jawapan yang diberikan itu bagaikan meruntun segala jiwa raganya. Hancur hatinya ketika ini, hanya tuhan saja yang tahu.Perlahan-lahan dia berdiri lalu duduk tersimpuh kembali dibangku yang menunggu tuannya. Tidak cukupkah kasih sayang yang dia berikan pada Maya sehinggakan dia sangggup menolak lamarannya.

"Darling, bukannya maksud ku menolak lamaranmu kerna ngak cinta dong sama kamu tapi, aku harus melanjutkan pelajaranku ke Canada. Aku tidak mahu mensia-siakan peluang itu. Aku harap kamu faham ya..." 

"Ya ngak apa-apa kok...mugkin jodoh kita hanya sampai disini aja kan..Aku juga mahu memberitahu kamu yang aku akan dinikahkan dengan gadis pilihan keluargaku..Andainya lamaran ku padamu ditolak,maknanya aku kan menuruti aja kemahuan keluarga.." panjang lebar Dimaz menerangkan.
Fkirannya melayang jauh ....mengingati kembali

"Dimaz, ini keputusan papa..andainya kamu membantah......sesen pun kamu tak dapat dari papa...fikirkan kembali ?? tegas dan lantang suara papa memberitahu.


"Tapi papa, kan aku ngak tahu siapa dia....gimana sih orangnya juga ...mana mungkin aku bisa menyintainya sedangkan diriku juga tidak menyintainya  !!"
Jawab dimaz.


Tuan Mokthar memandang Dimaz dengan penuh keyakinan bahawa dia akan menuruti kata-kata. Dia tahu Dimaz seorang anak yang mendengar kata.Taat dan patuh pada orang tua.
"Dimaz, fahami papa dong ......kami juga ngak suka sih tapi..." celah Mamanya yang tadinya hanya diam membisu memerhati dan mendengar perbincangan kedua beranak itu.
" Baiklah..Dimaz setuju tapi dengan satu syarat....Dimaz mahu melamar seseorng..andainya lamaranku ditolak...maka apa jua keputusan papa dan mama, Dimaz akur" Dimaz memberikan jawapan yang mungkin masih dapat menyakinkan Tuan mokhthar untuk mandapat persetujuan dari Puteranya itu.
Tuan Mokhtar mengangguk tanda setuju dan melemparkan senyuman yang amat bermakna. Jauh disudut hati Dimaz, dia yakin benar Maya akan menerima lamarannya , maka terlepaslah dia dari bencana yang sedang menimpa dirinya sekarang ini.


"Dimaz.....are u alright? " Maya memegang bahu Dimaz. Dia diam membisu tanpa kata. Apa jua yang diperkatakannya tadi, dia tidak pasti samaada Dimaz mendengarnya atau tidak. Maya juga tertekan dan amat sedih sekarang ini tapi dia tak dapat memberikan jawapan untuk 'YA' pada lamaran yang diterimanya.
"ya, i am alright....Maya aku harap kamu nanti disana ditemukan dengan pria yang lebih baik dari aku. Andainya aku diberi pilihan untuk menunggu mu, pasti seribu tahun juga aku mahu tapi kamu harus faham, selepas ini aku akan dinikahkan dengan gadis lain.Jodoh kita hanya disini saja." Dimaz berkata dengan perasan sebak. Mana mungkin dia boleh melupakan gadis yang berada didepannya.
Kelopak mata Maya bersinar-sinar lalu mengeluarkan manik-manik airmata. Kemudiannya teresak-esak menangis.Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi lalu sepintas kilat tangannya mencapai tas tangan lalu berlarian anak meninggalkan Dimaz sendirian. Orang ramai yang berada disekeliling tidak diendahkan lagi.
Seolah-olah dia keseorangan di alam maya ini.
Dimaz menarik nafas ,menahan sebak didada. Dadanya seakan ditikam pisau belati jauh menikam sanubari.Dimaz mengeluarkan RM50 ringgit dan meletakkan di meja cafe lalu berlalu keluar. Pelayan yang ingin memberikan balance untuk wangnya tidak diendahkan malah terus mempercepatkan langkah ke tempat parkir didepannya.


" Aduh..hish macammana ni encik jalan ni....mata tengok depan boleh x? hish sakitlah....."jerit satu suara gadis didepannya. Pelik, Dimaz tidak merasa apa -apa kesakitan pun. Dia memandang gadis didepannya. berpakaian baju kurung warna biru laut,tersimpuh sambil manyapu-yapu sikunya. Buku-buku bertaburan. Anak mata gadis itu kelihatan sungguh dingin ketika ini.


"Maaf,aku ngak sengaja......"sambil tangannya pantas mencapai buku-buku yang berselarak.
"Emm..mau saya tolong hantarkan ke rumahsakit ngak? Tanyanya lagi.
"Emm..tak pe tak pe...i am ok.....just lain kali tu...mata tengok ke depan.....berbahaya ler. Kalu langgar sy x per..kalau lori langgar...emmm" jawab gadis itu lalu cepat cepat berdiri dan mengambil buku-buku ditangan Dimaz.Dimaz tersengih. kelakar benar anak ini fikirnya.
"Kalu begitu, miss mo kemana, aku hantariin ya? Pelawanya pula.
Gadis didepannya hanya mengelengkan kepala lalu terus berlalu pergi
"Assalamualaikum......" itu sahaja yang keluar dari mulut gadis itu.
 Dimaz terpaku seketika lalu menjawab salam gadis itu. 


************************************************************************************


Wednesday, September 1, 2010

Bengang!!bengang tau tak!!!!" aku menjerit dalam hati....
Hish sapelah lelaki malang tu dapat aku..handsome ke??ok ke?? ish...tak boleh fikir aku...hish geli gemalan arr fikir pasal kahwin nie. Aaaahh....malas nak fikir lah.


" Woii....ko kenapa? mengelamun ker??"tetiba myra dah duduk disebelahku. Menyirap gak darah aku. terkejut beb.


" Hish ko ni Mira!!! boleh tak  ko  tu bagi salam dulu ke?kalau aku ada heart attack..tak ker naya aku tadi weii...."aku membebel panjang.
Myra hanya tersengih dan mengaru kepala yang tidak gatal.


"Alaa..ko nie kecoh arr....bukannya aku teriak kat cuping telinga ko yang sengit tu pon..huhuhu...."Myra gelak kecil.


"Amboiii......mulut takder insuran langsung!!!"


Myra ketawa terkekeh-kekeh. Seakan tidak mendengar langsung apa yang aku katakan padanya.Aku mencebikkan mulutku kearahnya. Sudahlah ko Myra..malas aku nak layan ko. Aku berlalu meninggalkan dia sendirian disitu.
Myra belari anak-anak mengejar dan terus meyambar tanganku.


" Ala sorilah...aku saja jer berlawak ngan ko! Sensitif betul..datang bulan ker?? Myra tersenyum kambing memandangku.


Aku memandang tepat kearahnya dengan perasaan marah, Panas tul hati aku nie.
"eeeyy..sudahlah Myra..benci aku dengan ko ni tau....."


Entahlah tetiba darahku menyirap panas. Aku sebenarnya tidak marah pada Myra tapi mungkin kerana perasaan marah terhadap ibu tentang perkhawinan ku membuatkan semuanya tidak keruan.
Myra terpinga pinga melihat teman karibnya Sya berlalu meninggalkan nya dengan perasaan marah. Myra tertanya sendirian,salah ke apa yang aku katakkan tadi.


"Sya....janganlah macam nie..ok ok aku minta maaf. Aku berlawak pun ko marah...Mesti ada problem lain nie kan?? Myra mengajukkan soalan memulakan bicara.
Aku memandangnya sekilas lalu menarik nafas panjang. Nak cerita ke tak nak cerita yer?? Alahai..camner nie...


"Hish ko ni, orang dok tanya dia dia wat derk jer...." giliran Myra pula mencebikkan mulut.Muncung mulutnya memandangku.
Aku tersengih..Tapi masih tak dapat meneruskan kata kata.


"Tak de apalah Myra, entahlah mood tak baik lah ari ni..aku pon tak tau ler kenapa? ".


"hemm..tak nak cerita sekarang tak per...nanti dah ready nak kasi tau gua...gua sedia mendengarnya...." Myra tersenyum memandangku dan terus memeluk tanganku berjalan seiringnya...


***************************************************************


"Hish..lama tul korang nie?? gi mana lagi tadi...." rungut shima kepada aku dan Myra. Belum sempat pun kitaorang labuhkan punggung masing-masing dah kena marah pula.
"He he ehe..adalah kan Sya" jawab myra lalu menyikuku.
"Aha aa..adalah...hehehe...o yer..yang ko nak jumpa kitaorang nie nape? macam ada hal penting jer...." tanyaku pula.


"hehehe....sebenarnya aku nak khabarkan satu berita gempak ni...."


"ye ye oooh..jer ko ni Ma....Apa dia? Tak sabaq nie...habaqlah mai cepat" eemmm dah kuar dah loghat utara dia nie...


"Hehehehe...sebenarnya saja nak bagitau kat hangpa berdua, si Dimaz orang kaya dari indonesia tu dah pindah kat Malaysia you....handsome tul dia. Semalam aku nampak dia kat KLIA masa aku amik ucu aku dari sabah"..panjang lebar Si Shima menerangkan.


"Laa....ingat apa yang penting sangat tadi...rupa-rupanya pasal Dimaz..emm siapa tu...tak kenal langsung aku ee??" jawabku tertanya-tanya. Siapalah Dimaz tu...em x glamour lansung.


"Engko ni Sya, tulah orang suh bercinta tak nak...bila cerita pasal lelaki handsome...ko tak tau...Hish..Ko nie tak updated langsung arrr!! " Myra menyambung perbincangan.


"Ntah si Sya ni..buang karan tul ko nii..." tambah Shima pula.
Lalu keduanya bercerita panjang lebar pasal lelaki tadi.


Rancak betul mereka nie berbual sampai tergelak ketawa sampai.Dah tak peduli dah hujan ke angin bertiup kencang ke.Dah nak gelap da pun. 


" Woi dah dalah tu.....nak masuk solat maghrib dah nie wei...tak habis-habis lagi ker" perliku kepada mereka berdua.Mereka memandangku serentak disusuri senyuman paling manis di abad ini.









BAB 1

"Apa????? kahwin...........ish x naklah ibu...sya kan masih study??? " aku mencebikkan bibir tanda tidak setuju. Yelah..kan aku masih belajar..ish tak nak lah..tak nak tak nak...aku menjerit dalam hati sekuat hati.


"Ibu tak kira....janji mesti ditunaikan.Tak kiralah Sya setuju ke tak setuju ke? keputusan dah dibuat. Cukup bulan hantaran pinangan akan diterima ..hujung bulan september Sya khawin. Takder dolak dalih...Kalu sya tak setuju...Sya bukan anak Ibu..........." itulah kata keramat terakhir ibu berikan yang tak mampu aku bantah. Tandanya titik NOKTAH statement yang ibu suarakan harus dituruti walaupun hati ku memberontak. Aku ingin menangis tapi airmata seakan tersekat dari pangkalnya.Kalaulah Syurga bukan di telapak Kaki Ibu,dah lama aku angkat kaki meninggalkan rumah.
Aku memandang ibu menagih simpati agar kata-katanya tadi ditarik balik. Sayu menaruh seribu harapan.
Ibu buat buat tak tahu,mengiakan dan menegaskan dengan balasan pendangan matanya untuk kata katanya tadi adalah muktamad.
" Ibu.....tolonglah Sya ibu......Janganlah buat Sya macam nie....." aku merayu lagi tak puas hati.
"Sya, tadi dengar dan jelas kan kata kata ibu. Ibu tak kira apa jua alasan, walaupun pujuk rayu...semua x diterima. Sya harus faham , keputusan ini bukan keputusan ibu tapi permintaan dari arwah nenekmu sendiri. Sanggupkah Sya membantah dan tidak menuruti permintaan arwah itu???? Sanggupkah??" tegas ibu lalu mendongakkan muka ku kearahnya.
Airmata yang tadinya tersekat tadi akhirnya hangat membasahi pipi gebuku. Perlahan ku sekah dan terus meninggalkan Ibu sendirian di ruang tamu. Ibu memandang sekilas ke arah ayah yang tadinya hanya menjadi penonton setia tanpa berkata apa apa.


'Ini semua salah abang!! Tengok yang menangungnya anak kita." ibu mula menyalahkan diri setelah anak sulungnya lari dengan deraian mata dipipi. Sesungguhnya dia juga tidak setuju dengan pernikahan itu, akan tetapi kerana ingin menuruti kehendak dan wasiat ibu mertuanya. Di terpaksa berbuat begitu. Di juga sedih dan kecewa. Mana mungkin dia akan setuju seandainya dia diberi pilihan. Anakku, maafkan ibu...rintih hatinya yang mencetuskan manik- manik airmata membasahi kelopak matanya.
" Maafkan abang ila, ila pun tahukan..ini juga bukan kehendak abang...." perlahan suara ayah merapati ibu dan mendakap ibu yang kesedihan.